SHAH ALAM: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh, dekat sini, pada Selasa dan Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata jenis dadah yang dirampas ialah ganja seberat 261.766 gram (g), heroin (216.051 g) dan heroin base (15.498 g) yang boleh dibekalkan kepada 2.38 juta penagih.
"Selain itu, polis menyita empat buah kenderaan jenis Toyota Vellfire, Honda Stream dan dua Honda City serta menyita sebuah akaun bank dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM269,229," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Hussein berkata kesemua 10 lelaki warga tempatan yang ditahan dipercayai ahli sindiket berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun manakala hasil saringan ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah.
Beliau berkata lima daripada 10 suspek berkenaan juga memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.
Menurut Hussein, pihaknya percaya dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran di sebelah utara dan sindiket itu telah bergiat aktif mengedar dadah sejak awal Januari tahun ini.
Beliau berkata kejayaan menumpaskan sindiket berkenaan adalah hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Shah Alam.
Katanya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 3 Nov bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Menurut Hussein, pihaknya percaya dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran di sebelah utara dan sindiket itu telah bergiat aktif mengedar dadah sejak awal Januari tahun ini. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Polis tumpas sindiket edar dadah bernilai lebih RM10 juta
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh.
12 ahli sindiket judi dalam talian diberkas
Kesemua suspek berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Bangladesh.